Posted by: paspju | October 27, 2007

Program Ramadan Pit-Stop Pemuda PJ Utara dapat sambutan

YDP PJU Hj Ahmad turut serta menyampaikan juadah berbukaYDP PJU Hj Ahmad turut serta menyampaikan juadah berbukaPETALING JAYA, 26 Sept (Hrkh) – Sempena dengan Ramadhan Al-Mubarak 1428H, PAS Kawasan PJ Utara dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS PJ Utara telah berjaya mengadakan Ramadhan Pit-Stop semalam.

Pada tahun ini, lokaPemuda PJU sedang sibuk melayani penumpang LRTBeberapa Pemuda menemani YDP PJU menyiapkan juadahsi Setiausaha Pemuda PJU rancak mengedarkan juadah berbuka & risalahStesen Putra LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya sebagai tempat untuk PAS PJU mengedarkan juadah berbuka puasa bagi orang-ramai yang pulang dari tempat kerja dan yang ingin menaiki tren ke destinasi masing-masing.

Antara juadah berbuka tersebut adalah buah kurma, kuih, air mineral, penanda buku, risalah seperti ‘Penjelasan Isu Batu Buruk’, risalah ‘Bersamamu Ramadan’ dan juga risalah ‘Merdeka’.

Program seumpamanya akan diadakan selama dua hari iaitu semalam (25 September) dan 27 September 2007, Khamis akan datang.

Orang awam yang menggunakan stesen tersebut dan LRT sebagai pengangkutan harian mereka memberikan sambutan yang baik terhadap program ini.

Turut sama dalam program tersebut adalah YDP PAS Kawasan PJU, Tuan Hj Ahmad Yusof Ludin; NYDP,Abd. Rahman Sidek; Ketua Pemuda, Azri Mohamad; Ketua Penerangan PAS Kawasan,Che ku Abu Bakar; AJK PAS Kawasan, Mohd Arizan;Timbalan Ketua Pemuda,Nik Saiful; Setiausaha Dewan Pemuda, Arif ‘Ateed Hasan Ali; Bendahari Dewan Pemuda,Amirul dan beberapa orang Exco Dewan Pemuda Kaw PJU. Insyaallah, pada hari kedua Dewan Muslimat akan turut bersama memberikan juadah berbuka tersebut. – mks.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: