Posted by: paspju | October 27, 2007

Pemuda PAS PJ Utara berjaya anjur 3R

PETALING JAYA, 26 Sept (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Kawasan PJ Utara melalui Pusat Pemantapan Akademik dan Sahsiah Islam (PAKSI) telah berjaya menganjurkan Program ‘3R – Remaja Raikan Ramadhan 2007’ pada tahun ini.

Program tersebut telah diadakan hampir seminggu iaitu mulai 17-22 Sep 2007/5-10 Ramadhan 1428H bertempat di Masjid Al-Hidayah SS3 Petaling Jaya.

Seramai 22 peserta telah menyertai program tersebut yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja sekitar Petaling Jaya.

Menurut Pengarah tersebut,Nik, semua peserta sangat bersungguh untuk menyertai program tersebut pada tahun ini di mana ia adalah kali yang kedua untuk tahun ketiga dianjurkan.

Se[anjang program tersebut, peserta perlu menghadirkan diri ke masjid untuk Solat Isyak berjemaah, solat terawih (8 rakaat), tadarus al-Quran berkumpulan, beriktikaf serta giamullail dan para peserta juga disediakan jamuan sahur.

Semua peserta yang berjaya dengan kehadiran yang penuh, telah diberikan duit raya sebanyak RM10 seorang, hadiah sehelai sejadah bersulamkan ‘Remaja Raikan Ramadhan 1428H/2007’ dan Sijil Penyertaan.

Di dalam slot qiamullail, mereka telah diberikan taklimat khusus adab-adab iktikaf dan qiamullail oleh Mursyidul Am Pemuda PJU.

Menurut salah seorang peserta, program tersebut sangat bermakna dan seronok mengikutinya. Beliau juga akan menyertainya lagi jika di adakan pada tahun hadapan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: